Tuesday 22 December 2009

Noni & Mengkudu....



Sedikit info tuk kawan2 sumer......



Apa Itu Noni?

NONI tumbuh liar di kepulauan French Polynesia.Jika buah Noni ini matang ia akan menjadi keputihan dan pada umumnya akan mengeluarkan bau yang tidak enak.Terutama jika tumbuhnya di pinggir kubur.Noni atau mengkudu juga mempunyai daya penyerapannya sangat kuat sekali seperti pokok nanas.Pokok Noni akan menyerap apa saja yang ada didalam tanah sebagai sumber makanan.

Buah Noni atau Mengkudu ini sifatnya unik. Berbuah dulu baru berbunga. 1 buah lebih dari 1 bunga. Buah Noni juga jauh lebih besar dibandingkan dengan yang ada di Malaysia,Indonesia dan negara lain contohnya India. Daunnya pun besar. Pokok Noni ini tidak memiliki musim. Ia akan berbuah sepanjang tahun. Yang paling unik adalah jika buah Noni ini sering dipetik, buahnya akan tambah banyak.

Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal.Pucuk noni muda biasanya dijadikan sayuran atau ulaman.Ia kaya dengan vitamin A. Bunga noni pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi.Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina.Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih.Biji noni berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan.Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai.Ia akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.Noni mula di komersialkan di Hawaii pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.

Dr. Amarullah H. Siregar, DiHom, DNMed, Msc, Phd
Beliau mengatakan kandungan bioaktif dalam noni atau mengkudu ini mempunyai kemampuan untuk merevitalisasi sekaligus meregenerasi sel-sel syaraf dan berperanan penting dalam meregulasi system kardiovaskuler. Selain meningkatkan stamina, noni juga mampu menormalkan fungsi sel dan membunuh cancer yang aktif pada tubuh. Sebab Itulah menjadikan buah noni yang berasal dari Tahiti ini meraih Top 10 Cancer Treatment dari The American Association for Cancer Research.Jika diamalkan secara berkala,ianya boleh dianggap sebagai tindakan preventif yang tepat.

Dizaman yang serba maju ini setelah kajian demi kajian dibuat oleh pakar-pakar,buah noni atau mengkudu ini telah dibotolkan untuk kemudahan anda.DiMalaysia ianya didatangkan dalam 2 botol yang berbeza saiz.Produk Ajaib Noni ini talah membantu beribu-ribu manusia,bukan saja dari segi kesihatan malah ia juga membantu ekonomi anda.

Thursday 17 December 2009

Dining..

Singgah makan jap.sian abgku kelaparan dr tghari tak makan..ish ish..mujur la sedap..lina punya bungkus bwk balik.xlarat perabih..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yahoooo!

Tak sabar rasanya nak cuti dan balik kg jumpa sedara mara...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 1 December 2009

Selamat Pengantin Baru...




Tanggal 28 Nov 2009,
adik Lina-the only brother telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannyer Muzairan di Seri Kembangan, Selangor...

Semoga perkahwinan korang kekal sampai hujung nyawa...
cepat2 la bagi cucu kat abah ngan ma ekk...
hahhahahah....

More pictures will upload later or can find at my FB...
uhuhuhuhu....


To You...May Allah Bless You Sis.....

Entry ni lina tujukan khas buat seseorang 'kawan' yang sedang menjalani proses perceraian dengan suaminya pada 9hb Dec 2009 di Mahkamah (disclosed)...
Lina tau dia tak baca blog ni tapi dari sudut hati ingin lina berpesan pada dia...walau apa pun keputusan yang dibuat Lina tetap akan menyokong....
Sedih juga bila kenangkan anak2 yg masih kecil tu...
tapi sedih juga bila kenangkan dia yg menjadi mangsa 'pukulan' suaminyer....
Kepada 'DIA' semoga tabah menghadapi ujian dari Allah.....








Lagu ni Lina tujukan pada dia.....
Dia pun mmg suka pun lagu ni....
Sedih plak rasanya.....