Tuesday, 22 December 2009

Noni & Mengkudu....



Sedikit info tuk kawan2 sumer......



Apa Itu Noni?

NONI tumbuh liar di kepulauan French Polynesia.Jika buah Noni ini matang ia akan menjadi keputihan dan pada umumnya akan mengeluarkan bau yang tidak enak.Terutama jika tumbuhnya di pinggir kubur.Noni atau mengkudu juga mempunyai daya penyerapannya sangat kuat sekali seperti pokok nanas.Pokok Noni akan menyerap apa saja yang ada didalam tanah sebagai sumber makanan.

Buah Noni atau Mengkudu ini sifatnya unik. Berbuah dulu baru berbunga. 1 buah lebih dari 1 bunga. Buah Noni juga jauh lebih besar dibandingkan dengan yang ada di Malaysia,Indonesia dan negara lain contohnya India. Daunnya pun besar. Pokok Noni ini tidak memiliki musim. Ia akan berbuah sepanjang tahun. Yang paling unik adalah jika buah Noni ini sering dipetik, buahnya akan tambah banyak.

Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal.Pucuk noni muda biasanya dijadikan sayuran atau ulaman.Ia kaya dengan vitamin A. Bunga noni pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi.Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina.Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih.Biji noni berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan.Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai.Ia akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.Noni mula di komersialkan di Hawaii pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.

Dr. Amarullah H. Siregar, DiHom, DNMed, Msc, Phd
Beliau mengatakan kandungan bioaktif dalam noni atau mengkudu ini mempunyai kemampuan untuk merevitalisasi sekaligus meregenerasi sel-sel syaraf dan berperanan penting dalam meregulasi system kardiovaskuler. Selain meningkatkan stamina, noni juga mampu menormalkan fungsi sel dan membunuh cancer yang aktif pada tubuh. Sebab Itulah menjadikan buah noni yang berasal dari Tahiti ini meraih Top 10 Cancer Treatment dari The American Association for Cancer Research.Jika diamalkan secara berkala,ianya boleh dianggap sebagai tindakan preventif yang tepat.

Dizaman yang serba maju ini setelah kajian demi kajian dibuat oleh pakar-pakar,buah noni atau mengkudu ini telah dibotolkan untuk kemudahan anda.DiMalaysia ianya didatangkan dalam 2 botol yang berbeza saiz.Produk Ajaib Noni ini talah membantu beribu-ribu manusia,bukan saja dari segi kesihatan malah ia juga membantu ekonomi anda.

5 comments:

rasp said...

mengkudu nie mmg byk khasiatnye kan...
tapi ehem ehem, me lum pernah try makan ubat2an yg berbasekannya lah oooppsss

Umi_Aliesha said...

sukanya makan ulam pucuk mengkudu..x pun hiris halus2 buat masak lemak..lemak2 pahit...sedapnyaa...

Neeza.Areef said...

penah terbau jus mengkudu mak aih bau dierrrrrrrrrrr....

attyfir said...

suka makan pucuk mengkudu..sedappp..

Lina Al Sagoff said...

rasp-blm cuba blm tau..
umi-a'ah...bestkan
za-jus tu mmg la...lina pun seksa nk telan...
k.ty-sama la..lina aritu mkn ms lam pantang...